.

Sunday, July 25, 2010

Cikgu vs. Murid

Murid : Selamat pagi, cikgu. 


Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
 
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
 
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
 
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
 
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
 
Murid : (senyap)
 
Cikgu : Pandai!
 
Murid : Bodoh!
 
Cikgu : Tinggi!
 
Murid : Rendah!
 
Cikgu : Jauh!
 
Murid : Dekat!
 
Cikgu : Keadilan!
 
Murid : UMNO!
 
Cikgu : Salah!
 
Murid : Betul!
 
Cikgu : Bodoh!
 
Murid : Pandai!
 
Cikgu : Bukan!
 
Murid : Ya!
 
Cikgu : Oh Tuhan!
 
Murid : Oh Hamba!
 
Cikgu : Dengar ini!
 
Murid : Dengar itu!
 
Cikgu : Diam!
 
Murid : Bising!
 
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
 
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
 
Cikgu : Mati aku!
 
Murid : Hidup kami!
 
Cikgu : Rotan baru tau!
 
Murid : Akar lama tak tau!
 
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
 
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
 
Cikgu : Kamu gila!
  
Murid : Kami siuman!
 
Cikgu : Cukup! Cukup!
 
Murid : Kurang! Kurang!
 
Cikgu : Sudah! Sudah!
 
Murid : Belum! Belum!
 
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
 
Murid : Sebab saya seorang pandai!
 
Cikgu : Oh! Melawan!
 
Murid : Oh! Mengalah!
 
Cikgu : Kurang ajar!
 
Murid : Cukup ajar!
 
Cikgu : Habis aku!
 
Murid : Kekal kami!
 
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
 
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
 
Cikgu : Sudah, bodoh!
 
Murid : Belum, pandai!
 
Cikgu : Berdiri!
 
Murid : Duduk!
 
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
 
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
 
Cikgu : Bangang kamu ni!
 
Murid : Cerdik kami tu!
 
Cikgu : Rosak!
 
Murid : Baik!
 
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
 
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
 
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


*I'm sorry if you can't understand Malay language.

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Thank You Myspace Comments